Малайский Наука и Образование
07.09.2026 Читать источник
Бывший студент с нулевыми оценками SPM стал лауреатом премии за лучший проект в сфере разработки ПО

24-летний Равен Кумар, окончивший университет после неудачных результатов на национальных экзаменах, разработал систему мониторинга мусорных баков на базе IoT и занял призовое место. Он также успешно участвовал в робототехническом чемпионате Robocon, доказав, что академические неудачи не должны останавливать стремление к успеху.
Перевод ИИ
Текст статьи доступен на языке оригинала.
Нажмите кнопку «Перевести статью» выше, чтобы сгенерировать перевод с помощью ИИ.
Оригинальный контент
Masuk dengan rayuan, Raven bukti kemampuan
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa sebarang A tidak pernah menjadi noktah kepada perjalanan pendidikan Raven Kumar A/L Saravanan.
Sebaliknya Raven, 24, yang kini seorang mahasiswa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu menjadikan pengalaman tersebut untuk membuktikan bahawa kejayaan seseorang tidak semestinya ditentukan oleh keputusan akademik ketika di bangku sekolah.
Hari ini, Raven yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) bukan sahaja aktif dalam kepimpinan dan aktiviti universiti, malah berjaya meraih Anugerah Projek Terbaik dalam Software Development menerusi projek tahun akhirnya, BinWatch, selain mencabar diri dalam pertandingan robotik seperti Robocon Malaysia.
Bagi Raven, perjalanan itu membuktikan satu perkara iaitu seseorang mungkin kalah pada satu ketika tetapi itu bukan bermakna dia perlu berhenti mencuba.
“Kalah bukan sesuatu yang memalukan. Apa yang lebih memalukan apabila kita kalah dan memilih untuk berhenti,” katanya kepada K-Kampus.
Menurut Raven, keputusan SPM yang tidak seperti diharapkan pada awalnya sememangnya mengecewakan, lebih-lebih lagi apabila abang kembarnya ketika itu memperoleh empat A.
Namun, dia memilih untuk menjadikan pencapaian adik-beradiknya sebagai motivasi dan bukannya alasan untuk meragui kemampuan diri.
“Saya pernah terfikir, kenapa saya tidak boleh dapat keputusan seperti dia?
“Tetapi saya tidak membiarkan kekecewaan itu menentukan siapa diri saya.
“Saya melihat SPM sebagai satu titik permulaan untuk menentukan arah hidup dan bidang yang sesuai dengan diri saya,” katanya.
Lebih bermakna, peluang Raven untuk melanjutkan pengajian di UniSZA hadir selepas melalui proses rayuan.
Peluang itu tidak mahu disia-siakan dan menjadi pencetus kepada tekadnya untuk membina semula keyakinan diri menerusi akademik, kokurikulum, kepimpinan serta pelbagai aktiviti universiti.
“Saya sangat menghargai peluang untuk berada di UniSZA kerana saya mendapat tawaran melalui rayuan.
“Jadi, apabila diberikan peluang itu, saya berjanji kepada diri sendiri bahawa tidak mahu mensia-siakannya,” katanya.
Antara pencapaian paling membanggakan Raven adalah kejayaan menghasilkan BinWatch IoT- Automated Dustbin Status Detection with Mobile Notifications, yang membolehkannya menerima Anugerah Projek Terbaik dalam Software Development.
Menariknya, idea projek tersebut tercetus daripada pemerhatian terhadap rutin pekerja pembersihan di asrama.
Raven sering melihat pekerja pembersihan perlu menaiki tangga untuk memeriksa tong sampah di setiap tingkat, termasuk ketika sebahagian pelajar tiada.
BinWatch dibangunkan bagi membolehkan keadaan tong sampah dipantau menggunakan teknologi Internet of Things (IoT).
Sistem tersebut menggunakan sensor ultrasonik yang disambungkan kepada ESP32 bagi mengesan tahap sampah.
Apabila tong mencapai tahap 80 peratus dan ke atas, maklumat dihantar kepada sistem sebelum notifikasi diterima menerusi aplikasi mudah alih.
Namun, perjalanan menghasilkan projek tersebut bukan mudah.
Cabaran terbesar Raven adalah masalah sambungan antara sistem dan peranti yang digunakan.
Malah, ketika pembentangan, sistem yang dibangunkannya gagal berfungsi seperti diharapkan apabila ESP32 menghadapi masalah untuk disambungkan kepada Wi-Fi.
“Saya memang panik dan risau kerana ketika pembentangan, sistem tidak menunjukkan hasil seperti yang saya harapkan.
“Tetapi saya memang mempunyai prinsip never give up (tidak pernah putus asa).
“Kalau perlu ubah pendekatan, saya akan cari jalan lain,” katanya.
Tidak hanya selesa di hadapan komputer, Raven turut berani keluar dari zon selesa apabila diberi peluang menyertai Robocon Malaysia.
Walaupun bidang pengajiannya lebih tertumpu kepada pembangunan perisian dan pengaturcaraan, pertandingan tersebut membuka peluang kepadanya untuk mempelajari dunia perkakasan, motor, sensor dan robotik.
Menurut Raven, pengalaman tersebut turut menemukan pelajar daripada dua fakulti sekali gus membolehkan mereka menggabungkan kepakaran dalam perisian dan perkakasan.
“Dalam kelas, kita mungkin belajar konsep dan menulis kod.
“Tetapi dalam pertandingan robotik, satu kesalahan kecil dalam pengekodan (coding) atau perkakasan (hardware) boleh menyebabkan robot terus tidak bergerak,” katanya.
Menerang lanjut, prinsip never give up menjadi pegangan utama tatkala berdepan masalah, khususnya dalam dunia coding yang sering memerlukan masa panjang untuk mencari punca sesuatu ralat.
Bercerita perancangannya selepas menamatkan pengajian, Raven menyimpan impian untuk membangunkan sesuatu dalam bidang teknologi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Dia turut bercita-cita untuk membina sebuah syarikat pemula teknologi dari Malaysia yang mampu berkembang hingga beri impak tersendiri.
Аналитика ИИ и парсинга
Технические детали обнаружения, сопоставления и связывания статьи
Поисковый запрос
«Равен Кумар IoT мусорные баки премия»
Запрос, сгенерированный ИИ для поиска статьи в веб-источниках
Связанные результаты поиска
Заявки на участие в Премии подаются на сайте премия. мывместе.рф до 23 июня. Церемония награждения пройдет с 2 по 5 декабря 2025 года в Москве на Международном форуме гражданского участия # ...
Министерство по туризму Удмуртской Республики представляет премию, посвященную главным туристическим возможностям региона.