Малайский Правосудие
08.09.2026 Читать источник
Неуверенность свидетеля в достоверности записей о гольфе экс-премьера Мухиiddина ставит под сомнение цифровые доказательства в суде

В ходе процесса по делу о коррупции бывшего премьер-министра Мухиiddина Ясина свидетель безопасности признался, что не может гарантировать точность компьютерных записей о визитах политика на гольф-клуб. Автор статьи призывает к внедрению технологии блокчейн в судебную систему, чтобы исключить возможность скрытых изменений в документах и повысить доверие к цифровым доказательствам.
Перевод ИИ
Текст статьи доступен на языке оригинала.
Нажмите кнопку «Перевести статью» выше, чтобы сгенерировать перевод с помощью ИИ.
Оригинальный контент
Mahu kurang perbicaraan rasuah? Pastikan rekod kerajaan tak boleh dimanipulasi
“Saya tidak boleh.”
Dengan hanya perkataan itu, seorang pengurus keselamatan kelab golf mendedahkan satu masalah yang menghantui mahkamah, proses tender dan audit di Malaysia.
Ketua Keselamatan Kumpulan Tropicana Golf & Country Resort S Saravanan memberi keterangan pada 1 Sept dalam perbicaraan rasuah bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.
Rekod komputer kelab itu menunjukkan Muhyiddin bermain golf bersama ahli perniagaan Azman Yusoff pada 19 Julai 2020, tarikh yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit.
Namun, ketika disoal balas, Saravanan ditanya sama ada beliau dapat menjamin maklumat dalam sistem itu tepat.
“Saya tidak boleh,” jawabnya.
Apabila peguam bela mencadangkan maklumat itu boleh diubah, Saravanan sekadar menjawab bahawa beliau tidak pasti.
Pada saat itu, kebolehpercayaan rekod tersebut mula dipersoalkan. Bukan kerana ada bukti ia telah diubah, tetapi kerana tiada siapa dapat membuktikan sebaliknya.
Masalah ini bukan terhad kepada satu perbicaraan.
Pada 27 Ogos, rakyat Malaysia menyaksikan sesuatu yang jarang berlaku apabila tiga bekas perdana menteri — Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob — berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari sama bagi prosiding berasingan.
Najib berdepan saman sivil USD5.64 bilion (RM22.8 bilion) yang difailkan 1MDB.
Perbicaraan Muhyiddin pula diteruskan berhubung pertuduhan meminta rasuah RM225.3 juta bagi Bersatu, yang dinafikannya.
Ismail Sabri pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mahkamah akan menentukan setiap kes berdasarkan fakta dan bukti masing-masing.
Namun, kes seperti ini banyak bergantung pada rekod — penyata bank, dokumen perolehan, rekod kelulusan dan buku log.
Antara soalan pertama yang boleh dibangkitkan pihak pembelaan ialah: bagaimana kita tahu rekod ini tidak pernah diubah?
Itu soalan yang munasabah.
Hampir semua rekod yang digunakan kerajaan Malaysia, daripada penilaian tender dalam ePerolehan milik Kementerian Kewangan hinggalah fail perbelanjaan jabatan, disimpan dalam pangkalan data biasa.
Masalahnya, pangkalan data biasa boleh diubah oleh sesiapa yang mempunyai akses pentadbir.
Dalam erti kata lain, pihak yang mengawal pelayan juga mempunyai keupayaan mengubah rekod sejarah yang tersimpan di dalamnya.
Di sinilah teknologi rantaian blok atau blockchain boleh memainkan peranan.
Bukan blockchain dalam bentuk perdagangan syiling meme dan spekulasi mata wang kripto yang menyebabkan ramai orang skeptikal terhadap teknologi itu.
Sebaliknya, ia boleh digunakan dengan cara yang jauh lebih praktikal — sebagai satu rekod digital yang tidak boleh ditulis semula sesuka hati, termasuk oleh kerajaan sendiri.
Caranya mudah.
Setiap kali sesuatu rekod diwujudkan — misalnya bidaan dihantar, markah penilaian dimasukkan atau keputusan pemberian kontrak ditandatangani — sistem akan menghasilkan satu ‘hash’ kriptografi.
Ia boleh dianggap sebagai cap jari digital yang unik bagi rekod tersebut.
Cap jari digital itu kemudiannya diterbitkan ke dalam blockchain.
Rekod asal masih kekal sulit. Hanya cap jari digitalnya dipaparkan secara terbuka.
Jika selepas itu seseorang mengubah walaupun satu tanda koma dalam rekod asal, cap jari digitalnya tidak lagi sepadan.
Teknologi ini tidak bermakna rekod langsung tidak boleh diubah.
Tetapi sebarang perubahan akan dapat dikesan dengan segera dan bukti perubahan itu akan kekal.
Namun, kita juga perlu jelas tentang batas teknologi ini.
Blockchain tidak boleh menentukan sama ada sesuatu maklumat itu benar ketika mula dimasukkan.
Jika 15 nama yang salah dimasukkan sejak awal, blockchain hanya akan memastikan 15 nama yang salah itu kekal sebagai rekod asal.
Ia juga tidak mampu menghentikan rasuah berbentuk wang tunai dalam sampul atau arahan melalui panggilan telefon yang langsung tidak direkodkan dalam sistem.
Tetapi blockchain boleh menyukarkan banyak bentuk manipulasi lain.
Antaranya mengubah tarikh dokumen, membuat pindaan secara senyap, menghilangkan fail atau mengubah keputusan penilaian.
Ringkasnya, ia boleh menyukarkan usaha menutup kesalahan.
Di mahkamah, teknologi ini juga boleh mengubah bentuk persoalan.
Daripada bertanya, “bolehkah rekod ini dipercayai?”, yang mungkin sukar dijawab seorang saksi, mahkamah hanya perlu menentukan sama ada rekod itu pernah berubah sejak hari ia diwujudkan.
Soalan itu boleh dijawab melalui bukti matematik.
Ini bukan sekadar teori.
Estonia menjadi negara pertama menggunakan blockchain dalam sistem kerajaan secara langsung pada 2012.
Kini teknologi itu digunakan untuk melindungi rekod seperti daftar tanah, daftar perniagaan, warta kerajaan dan lebih sejuta rekod kesihatan.
Forum Ekonomi Dunia dan Inter-American Development Bank pula pernah menguji sistem perolehan berasaskan blockchain bagi program makanan sekolah di Colombia.
Sistem itu turut mempunyai mekanisme automatik untuk mengesan bidaan yang mencurigakan.
Malaysia juga tidak perlu membangunkan infrastruktur ini dari awal.
Malaysia Blockchain Infrastructure, yang dibangunkan agensi penyelidikan negara MIMOS Berhad bersama MY EG Services dan menggunakan rangkaian Zetrix, sudah beroperasi sejak April 2025.
Apa yang masih tiada ialah arahan jelas supaya teknologi itu digunakan secara meluas.
Tiga langkah boleh diambil.
Pertama, lindungi proses perolehan kerajaan.
Kementerian Kewangan perlu mewajibkan ePerolehan menghasilkan dan merekodkan hash bagi setiap peringkat tender, termasuk penghantaran bidaan, markah penilaian dan keputusan pemberian kontrak, sebaik sahaja setiap proses selesai.
Azam Baki, pada penghujung tempohnya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM Mei lalu, menganggarkan ketirisan dalam perolehan dan dana awam mencecah RM277 bilion dalam tempoh enam tahun.
Beliau turut memberi amaran bahawa usaha memerangi rasuah tidak boleh diperlahankan kerana masalah itu masih serius dan dalam sektor tertentu sudah bersifat sistemik.
Kedua, libatkan Jabatan Audit Negara secara langsung.
Jabatan itu perlu diberikan akses masa nyata secara baca sahaja kepada rekod perbelanjaan yang telah disahkan melalui blockchain.
Ini boleh mengubah proses audit daripada sekadar memeriksa masalah selepas ia berlaku kepada pemantauan berterusan.
Laporan pertama Ketua Audit Negara bagi 2026 mengenal pasti 273 isu baharu berkaitan kewangan dan tadbir urus.
Lebih baik masalah itu dikesan ketika berlaku berbanding hanya disenaraikan beberapa tahun kemudian.
Ketiga, kemas kini Akta Keterangan 1950.
Seksyen 90A membenarkan rekod komputer diterima sebagai bukti melalui sijil yang mengesahkan ia dihasilkan dalam penggunaan biasa sistem komputer.
Namun, andaian itu masih boleh dicabar oleh peguam, seperti yang berlaku dalam perbicaraan Selasa lalu.
Bukti kriptografi mengenai ketulenan dan integriti sesuatu rekod patut diberikan kedudukan dalam undang-undang.
Dengan itu, masa mahkamah boleh digunakan untuk membahaskan perkara pokok dalam sesuatu kes dan bukannya mempertikaikan sama ada sebuah buku log atau rekod komputer pernah diubah.
Skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International meningkat kepada 52 tahun ini, sekali gus meletakkan negara di tangga ke-54 dunia dan ketiga dalam Asean.
Ini menunjukkan penguatkuasaan sedang berjalan.
Namun, sistem akan menjadi lebih kukuh jika rekod tidak lagi boleh diubah secara senyap.
Ia bukan sahaja membantu mengesan mereka yang bersalah, malah melindungi mereka yang tidak bersalah.
Tidak sepatutnya seorang saksi sekali lagi terpaksa menjawab “saya tidak boleh” apabila soal keadilan bergantung pada kebolehpercayaan sebuah pangkalan data.
Teknologinya sudah terbukti dan jumlah kerugian akibat ketirisan juga sudah diketahui.
Apa yang diperlukan Putrajaya sekarang ialah kemahuan untuk melaksanakannya.
Penulis boleh dihubungi di [email protected].
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
Аналитика ИИ и парсинга
Технические детали обнаружения, сопоставления и связывания статьи
Поисковый запрос
«Мухиддин Ясин гольф блокчейн суд»
Запрос, сгенерированный ИИ для поиска статьи в веб-источниках
Связанные результаты поиска
Американская компания по блокчейн-расследованиям Chainalysis и TRM Labs вступили в судебный спор из-за федерального контракта.
Ассоциация блокчейна и Криптосовет подали иск в Иллинойсе. Иск направлен на то, чтобы оспорить Закон о налоге на цифровые активы. Юридические действия могут повлиять на будущие крипто-регламенты в штате.